Tuesday, November 9, 2010

Perkembangan Anak-anak

Aniq Irsyad - seorang yang kacak dan petunjuk.. Kacak ke anak mama sorang ni.. Boleh lah kot mempunyai bulu mata yang panjang mengalahkan perempuan.. nasib tak lentik jer. Aniq kini dah 11 bulan dan pandai berjalan.. Tetiap petang mama balik keje aniq dah sedia menanti di depan pintu ngan nenek meyambut mama, dan terus merengeklah minta di bawa berjalan naik motor.. Adoila anak mama sorang ni penat dari tempat keje tak hilang lagi.. Mama paling kesian dengan papa sebab aniq tak boleh nampak papa.. kalau nampak papa je aniq akan meronta dan mengamuk nak minta papa dukung dan bawa jalan2 satu rumah..dan yang paling kelakar cara kami nak mengelak dari aniq merengek minta dukung adalah baring. Tak kiralah baring dimana janji baring.. klu dia tengok kami baring diapun diamlah.boleh pulak main sendiri.

Khayra Insyirah - yang cantik dan bunga. Kini bakal menjelang 4 tahun dah.. khayra sekarang ni petah cakap, bercakap je mulut dia.. Papa kata ada bakat mama ni.hehehehe Kalau cakap dengan khayra sekarang kena ada fakta sebab dia akan cakap "mama boleh pulak". Dulu khayra tak nak makan sayur.. selepas kes di tarik rambut dengan orang gila mama selalu ajar, kena makan sayur baru kuat.Orang gila tak leh tarik rambut kakak leh sepak dia.. Alhamdullilah taktik aku menjadi.Ahad lepas aku masak sup sayur yang mengandungi, bayam, anak jagung, bunga kubis,carrot dan fishball.. satu mangkuk besar aku letak langsai sayur2nya.. Syabas..

Bila mama melihat anak-anak mama makin membesar dan mempunyai pelbagai telatah, kekadang geram kekadang mencuit hati, mama jadi takut andai apa2 yang akan berlaku kepada mama. Siapalah yang akan memberi kasih sayang kepada mereka.Sebab kedua-duanya manja dengan mama. Paling best klu ambil aniq dan dia akan lentukkan kepala dia di dada mama.. Manja sungguh tingkah lakunya..Bulan depan masing-masing akan genap 1 tahun dan 4 tahun.

Thursday, September 23, 2010

di tarik rambut orang gila


Sian anak aku yang cantik ni di tarik rambut orang gila.. Citernya cam ni.. Semalam ada pasar malam di kampung aku. Jadi balik2 kerje je aku terus lah ajak aniq dan khayra g, saje je nak bawak dia orang jalan2 naik motor.. Aku mmg tau budak tu kurang siuman tapi tak sangka lah dia akan bertindak agresif cam tu.. tengah jalan2 ni aku selisih jalan ngan dia, dia leh tarik rambut anak aku sekuat2 tidak.. semua orang kat situ menjerit dia lari laju lak tu.. Pastu aku jalan nak balik sambil pujuk khayra.. Jumpa seorang makcik ni tegur napa anak aku nanes, aku ckplah budak (ESA namanya) tarik rambut.. pastu ada makcik dlm kedai tu keluar ni dia baru tumbuk anak aku.. huhuhuhu lagi kesian budak tu.. Aku di fahamkan esa ni skrg mmg suka ngan budak perempuan kecik2 ni, dia cam geram..bahaya kan
Aku ckp kat makcik tu kena buat report lah takkan pun bapak dia kenala tahan anak dia jgn bg keluar.. ada satu majlis keje kawin esa ni datangpun dia buat benda yang sama kat budak2 perempuan yang kecill.. bahaya betul tau dah lah skrg ni banyak orang kurang siuman bertindak agresif.. Sakit tul hati aku anak aku dia buat cam tu nasib dia kurang siuman klu tak smlm jugak aku dtg sepak2 muka dia... sian anak mama nasib nanes kejap je

Wednesday, September 22, 2010

Salam Aidil Fitri 2010




Tahun ni kami sambuat aidil fitri di Kluang.. Aku dah dapat kerja baru di sana.. Dah tak duduk Johor dah.. Alhamdullilah mungkin ada hikmat atas apa yang berlaku. Semua dah ditentukan olehnya.Gambar hari raya aku lom upload lagi. X sempat lah nak buat semua tu .. Di opis baru kan kena jadi perkeje berdedikasi..heheheh oklah aku upload gmbr yg agak baru jugak dari kami sekeluarga just nak upload gmbr terkini supaya korang senantiasa ingat akan daku.. hehehehe.

Wednesday, March 17, 2010

Aduhai .........

Sekarang ni musim demam, risau betul mama bila malam tadi tido aniq batuk2.. Aduhai nak amik enjection 3 bulan nie..Mama mmg fobia kalau anak2 mama demam sejak kes kyra. Pagi tadi bangun aniq selsema lak.. Alahaii... susahnya hati mama.

Wednesday, March 10, 2010

4 tahun kian berlalu


aku masih ingat saat aku kenal dengannya.dia datang ke rumah berbaju converse berwarna hitam.redup matanya memandang aku, senyumannya, usikkannya.. 10 tahun bercinta. macam2 dugaan melanda. masih aku ingat saat dahi ini di kucupinya di hari penikahan kami.. bahagianya..kini 4 tahun kita mendirikan rumah tangga, bermakna 14 tahun kami bercinta.. di anugerahkan sepasang cahaya mata. Khayra Insyirah dan Aniq Irsyad.Bahagianya. mama sayang papa selamanya.. andai di takdirkan tuhan kita tidak bersama biarlah maut yg memisahkan kita

Monday, February 22, 2010

Kelahiran orang baru




Salam dunia bloger. lama sangat rasanya tak menjenguk blog yang dah bersawang2 ni.Banyak yang dah berlaku di duniaku sekarang ini. Alhamdullilah aku selamat melahirkan aniq irsyad ke dunia pada 8-12-2009.Sama bulan ngan kakak dia. Senang lah aku nanti buat birthday sekali arung je nanti.Save bajet aku. Bila kelahiran aniq ke dunia genap jugaklah aku duduk sorang2 kat rumah ku di johor setahun.Dalam diam dah setahun jugak duduk sorang kat rumah di JB.Aniq dan khayra aku jaga di JB, tak sanggup lak nak biarkan khayra duduk di rumah mak aku bersama papa dia. Insya-allah kasih seorang ibu ni mampu menjadikan aku tabah menjaga anak-anak aku di sini seorang diri.Kalian yang baca blog aku ni doakan utk aku lah ye.aku upload sikit pic aniq

Thursday, February 19, 2009

winduuuuuuuuu


Tetiba mama jadi rindu sangat kat papa. Erm.. dah 3 mg tak jumpa.. macm mana lah agaknya org yg tak jumpa berbulan2 yer.. huhuhuhu