Salam aniq. Andai nanti aniq dah besar mungkin aniq boleh baca luahan mama skrg ini.. Selamat ulang tahun sayang.Mama, Papa dan Kakak sayang sangat dengan aniq.Lagi-lagi kakak.Setiap kali mama menyakat kakak, mama akan kata.. mama nak jual adik lah sbb kakak tak nak tolong jaga.. kakak akan kata jgnlah mama, kakak sayang aniq.
Aniq..
Tarikh due mana ada 2-12-2009, ingatkan dapatlah lahirkan aniq sama birthday ngan auntie FR(kawan baik mama), tapi upanya aniq lambat sampai 6 hari.. Sian mama duduk kat HSA 6 hari.Dahlah doktor asyik check dah bukak jalan ke lom.. Sakit tau niq.Mama duduk tgkt 3.. nak bukakan jalan supaya cepat bersalin orang kata jalan banyak.. Mama turun beli makanan di tingkat bawah mama tak pakai lift pun mama guna tangga, dengan bawak aniq dalam perut.. Fuhh penat dan berpeluh2 tapi tak pe.Mama berusaha untuk bersalin normal tapi nak buat cam ne.. Jalan untuk aniq keluar tak buka2.Setelah doktor masukkan 3x ubat jalan baru buka 2cm je.. doktor bg mama pilihan nak tunggu atau operation.Mama tak ada pilihan mama tak nak apa2 jadi kat anak mama jadi mama pilih operation.
Aniq,
7hb Disember 2010
pukul 8.00 a.m doktor yg round tak bg mama makan dari pagi tau.. doktor cucuk air kat tangan mama.. mama tak leh turun katill dah.mama call papa operation kul 5p.m. papa sampai dlm kul 4.30p.m.. Operation di tangguhkan kerana ada pesakit yg lebih urgent.. Tapi mama dah lapar sangat sbb dari pagi tak makan.pukul 7 nurse panggil mama, buat preparation.. masukkan tiub, bg makan ubat supaya tak muntah.. yerkk cecair.. mama tak suka ubat cecair tapi demi aniq mama telan jua.
pukul 7.30 p.m - mama kena naik troller nak dibawa ke bilik operation.. berdebar2, takut semua menyelubungi mama.. pengalaman operation kakak bermain2 di fikiran mama.. Tangan papa mama cium. Perlahan2 mama di tolak oleh dua orang nurse ke dlm bilik persediaan.
pukul 9.00 p.m sepatutya mama yg masuk di bilik operation dulu tapi sebab2 kecemasan doktor datang bagitau mama kena tunggu sekejap sbb ada pesakit yg lebih memerlukan.. Degupan jantung mama makin redha.. mama tak putus2 beristifar.. tepat kul 12 mama di sorongkan ke bilik operation.. Tapi masa ni mama dah cool dah.. jantung mama dah tak berdebar2 sangat.. nurse2 dlm bilik bedah tupun buat2 lawak sampai mama tak sedar masa.. lepas dia orang bius belakang mama, kaki mama mula terasa kebas.. Masa dia orang enjit di tulang belakang mama, tak sesakit masa kakak dulu. sng cerita apa je yg dia orang buat, belah perut mama, jahit smua tak terasa.. mata mama tak lepas pandang jam tau niq.
8 Disember 2009
Tepat kul 12.15 aniq pun selamat dilahirkan.. mendengar tanggisan aniq air mata laju je mengalir..alhamdullilah.
pukul 1.30 mama di tolak keluar dari bilik bedah ke dalam wad.. nurse letakkan aniq disisi mama.. syahdunya.. aniq baik sangat.satu malam aniq tido lena..macam memahami mama yang tengah sakit.nama ANIQ IRSYAD ni aniq mama yang pilih irsyad papa yang pilih..
Diulang tahun petama ini. mama berdoa moga G6PD aniq akan hilang dan aniq akan jadi anak yang soleh. amin..
ruang untuk menyedarkan diri sendiri dan berkongsi apa tersirat dan tersurat untuk kepuasan diri
Wednesday, December 8, 2010
Wednesday, December 1, 2010
Disember datang lagi
Disember datang lagi setiap tahun.. mengingatkan kita tentang sudah hampir berakhir setahun demi setahun.. tahun 2010 bakal mengakhiri zaman.. Sekarang setiap kali disember datang, akulah insan yang paling takut, bahagia..
Takut.. kenapa harus takut.... takut melihat anak2 aku yang makin membesar.. membayangkan mereka akan besar dan terus membesar.. akan tiada lagi anak2 kecil yg akan bermanja dengan aku.. tak akan ada lagi mereka yang meminta susu, minta disuapkan..tak akan ada lagi budak kecil yang datang berlari ingin memeluk setiap kali aku balik kerja..pasti aku akan merindui setiap saat di maa mereka kecil.
Bahagia.. bahagia kerana mereka lahir di bulan disember.Setiap disember umur mereka meningkat setahun demi ke setahun.. Setiap tahun mereka akan mempelajari benda baru.. bercakap, memanggil aku mama, papa.. pandai menyanyi.. bahagia sungguh melihat mereka membesar.. Mereka bakal bersekolah..
Pasti setiap ibu bapa bahagia seperti aku bahagia.. tak kiralah mereka kekurangan dari mana2 segi sekalipun..Seperti Aniq- mempunyai penyakit G6PD.. sampai ke akhir hayatnya aniq tidak boleh memakan kacang.. tidak boleh kena nila.. tidah boleh terbau ridsect, tidak boleh bau ubat2 gegat.. hari ke3 kelahiran nya baru aku diberitahu oleh doktor.. walaupun sekarang aniq nampak aktif tapi aku tak tau apa yang akan berlaku dikemudian hari.. aku cuma boleh berharap tiada apa-apa yang buruk akan berlaku keatasnya.. Hari tu ada orang sekampung diserang denggi, dan pihak kesihatan membuat semburan nyamuk.. mereka memaklumkan pada pukul 7, kelam kabut aku melarikan aniq dari rumah.. Aku bawak kereta ke bandar.. huhuhu
Khayra pula semenjak aku duduk di rumah kedua orang tua ku, alhamdullilah dia tidak demam.. setiap kali dia demam aku akan berada dalam ketakutan kerana dia ada sawan demam.. walaupun darjah celciusnya hanya 3.7, aku hanya mampu berdoa sekiranya dia demam dia dijauhkan daripada sawan itu kerana takut untuk aku melihat dia dalam kesakitan.. hanya ibu bapa yang penah menghadapi anak macam ini sahaja tau bagaimana sawan itu menyerang.. aku kini menjadi fobia bila anak-anak ku demam.. aku tidak akan tidur semalaman sekiranya mereka demam..

Subscribe to:
Posts (Atom)