Tuesday, November 9, 2010

Perkembangan Anak-anak

Aniq Irsyad - seorang yang kacak dan petunjuk.. Kacak ke anak mama sorang ni.. Boleh lah kot mempunyai bulu mata yang panjang mengalahkan perempuan.. nasib tak lentik jer. Aniq kini dah 11 bulan dan pandai berjalan.. Tetiap petang mama balik keje aniq dah sedia menanti di depan pintu ngan nenek meyambut mama, dan terus merengeklah minta di bawa berjalan naik motor.. Adoila anak mama sorang ni penat dari tempat keje tak hilang lagi.. Mama paling kesian dengan papa sebab aniq tak boleh nampak papa.. kalau nampak papa je aniq akan meronta dan mengamuk nak minta papa dukung dan bawa jalan2 satu rumah..dan yang paling kelakar cara kami nak mengelak dari aniq merengek minta dukung adalah baring. Tak kiralah baring dimana janji baring.. klu dia tengok kami baring diapun diamlah.boleh pulak main sendiri.

Khayra Insyirah - yang cantik dan bunga. Kini bakal menjelang 4 tahun dah.. khayra sekarang ni petah cakap, bercakap je mulut dia.. Papa kata ada bakat mama ni.hehehehe Kalau cakap dengan khayra sekarang kena ada fakta sebab dia akan cakap "mama boleh pulak". Dulu khayra tak nak makan sayur.. selepas kes di tarik rambut dengan orang gila mama selalu ajar, kena makan sayur baru kuat.Orang gila tak leh tarik rambut kakak leh sepak dia.. Alhamdullilah taktik aku menjadi.Ahad lepas aku masak sup sayur yang mengandungi, bayam, anak jagung, bunga kubis,carrot dan fishball.. satu mangkuk besar aku letak langsai sayur2nya.. Syabas..

Bila mama melihat anak-anak mama makin membesar dan mempunyai pelbagai telatah, kekadang geram kekadang mencuit hati, mama jadi takut andai apa2 yang akan berlaku kepada mama. Siapalah yang akan memberi kasih sayang kepada mereka.Sebab kedua-duanya manja dengan mama. Paling best klu ambil aniq dan dia akan lentukkan kepala dia di dada mama.. Manja sungguh tingkah lakunya..Bulan depan masing-masing akan genap 1 tahun dan 4 tahun.

1 comment:

Jiey^Mien said...

Anak2 mmg cepat besar..
Tau2 jap agi bgtau kita yg dia dh nk kawen..
=)