Thursday, May 29, 2008

Ingatla jatuh peranakkan adalah berbahaya

Salam semua.. me tak sibuk sangat hari ni.. jadi me ambil masa utk share ngan kaum sejenis me pasal isu peranakkan jatuh ni... kekadang kita tak amik port sangat. me pun search kat internet and jumpa info yang bagus untuk di kongsi..

LETS SHARE :

Elak rahim jatuh
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

JATUH organ peranakan (JOP) adalah satu perkara yang biasa berlaku di kalangan kaum wanita. Dianggarkan, hampir separuh daripada mereka yang pernah melahirkan anak akan mengalaminya di kemudian hari. Namun begitu ramai yang enggan berjumpa doktor atas alasan malu, ditambah dengan keadaan JOP itu sendiri yang tidak mengganggu kehidupan hariannya.
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Kampung Baru Medical Centre (KBMC), Kuala Lumpur, Dr. Rosilawati Abd. Ghani berkata, JOP berlaku dalam keadaan di mana ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu.
‘‘Apabila ini berlaku, rahim akan jatuh keluar faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.
“Walaupun tidak sampai mengancam nyawa tetapi ia mendatangkan ketidakselesaan dan penderitaan emosi. Kadang- kadang seseorang itu boleh mendapat lebih dari sejenis JOP,’’ katanya.

Jenis-jenis JOP

Bahagian atas/bumbung faraj
Sekiranya bahagian atas yang terlibat, maka rahim akan jatuh ke bahagian faraj (uterine prolapsed).

* Gred 1: Rahim terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidak menyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaan dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear
* Gred 2: Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj
* Gred 3: Hampir keseluruhan rahim jatuh terkeluar dari faraj.

Bahagian hadapan

Pundi air kencing jatuh ke dalam faraj (sistosele). Ia akan menolak dinding faraj ke hadapan yang menonjol seperti satu benjolan.
Kebiasaannya pundi dan salur kencing akan jatuh sekali (Cystourethrocele) dan paling biasa terjadi di kalangan wanita.

Bahagian belakang faraj

“Sebahagian dari usus kecil yang mengisi ruang antara rahim dan faraj boleh jatuh di kawasan antara faraj dan bahagian akhir usus besar (rektum). Keadaan ini dipanggil enterosele.
“Jika rektum pula yang jatuh, ia akan membentuk satu benjolan di belakang faraj berhampiran dengan dubur. Ini dipanggil rektosele,’’ terang Dr. Rosilawati.
Kemungkinan besar, kedua-dua keadaan ini boleh berlaku serentak dan harus diperiksa secara menyeluruh. Ini amat penting kerana jika tidak didiagnosis, boleh meningkatkan kesengsaraan pesakit lebih-lebih lagi selepas pembedahan.Menurutnya, ada lagi satu keadaan dipanggil vault prolapse yang berlaku selepas pembedahan histerektomi atas apa jua masalah. “Ini mungkin mengambil masa untuk berlaku setelah sokongan oleh otot-otot keliling dan bekas jahitan pada faraj menjadi lemah lalu jatuh ke bawah. “Ia terjadi pada 15 peratus wanita yang menjalani pembedahan histerektomi disebabkan oleh JOP dan hanya satu peratus atas alasan lain seperti fibroid,’’ ujar beliau.

Punca-punca JOP

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan otot dan ligamen pelvis menjadi lemah, antaranya kehamilan dan bersalin; usia dan menopaus; obesiti; ketumbuhan seperti fibroid yang besar dan; batuk atau sembelit kronik.

Lain-lain termasuklah mengangkat bebanan yang berat; keturunan seperti Sindrom Marfan dan etnik; menjalani pembedahan pelvis seperti histerektomi, pembetulan pundi kencing dan; kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang.

Simptom dan diagnosis

Wanita yang mengalami masalah JOP yang sedikit, kata Dr. Rosilawati, ada kalanya tidak berasa sebarang simptom atau ketidakselesaan. “Sekiranya pundi kencing yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan wanita sukar mengawal kencing, kerap kencing atau kencing tidak puas.
“Apabila usus kecil atau besar yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan sembelit, rasa tidak puas buang air besar sehingga kadangkala terpaksa memasukkan jari untuk mengeluarkan najis.’’
Jatuh organ rahim pula menyebabkan wanita berasa ada benda berat di celah alat sulitnya. Dalam keadaan yang teruk di mana rahim jatuh keseluruhannya, boleh menyebabkan luka, berdarah dan jangkitan kuman.

Pencegahan

* Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera
* Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang
* Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air
* Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat
* Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik
* Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.

Rawatan

Dr. Rosilawati berkata, sekiranya JOP masih di peringkat awal, pesakit akan dirujuk kepada pakar fisioterapi untuk mengajar teknik senaman pelvik.
‘‘Selain itu, pesari faraj iaitu alat berupa gelang/donut yang terdapat dalam beberapa saiz boleh digunakan untuk mengekang rahim dari jatuh.
“Ia boleh digunakan oleh wanita dari segala peringkat usia reproduktif atau yang menopaus, yang tidak boleh atau tidak memilih cara pembedahan,’’ jelasnya.
Mengulas lanjut, ini mungkin disebabkan wanita itu muda dan masih mahu mengandung dan melahirkan anak atau wanita berusia yang tidak sihat untuk menjalani pembedahan.
Cuma, ia perlu diganti setiap tiga atau empat bulan dan pesakit hendaklah berjumpa pakar sakit puan untuk memasang dan menukarnya.
Secara amnya, setiap rawatan individu adalah bergantung kepada pelbagai sebab seperti usia, simptom, jenis JOP, perancangan reproduktif dan seksual, tahap kesihatan serta kesannya terhadap kehidupan wanita itu.

Rawatan pembedahan

Merupakan pilihan terakhir setelah segalanya dilakukan. Anterior repair-colporrhaphy adalah pembedahan yang dilakukan dari bahagian hadapan faraj tanpa melibatkan insisi/belah di bahagian abdomen/perut. Dr. Rosilawati memberitahu: “Ia digunakan untuk membetulkan pundi kencing yang sudah jatuh. Selalunya bius sepenuhnya atau bius separuh digunakan.
“Komplikasi yang mungkin berlaku (tetapi jarang) adalah sakit ketika melakukan hubungan kelamin, pundi kencing yang terlalu sensitif ataupun sukar membuang air kecil.’’
Begitu juga dengan posterior repair yang melibatkan pembedahan dari belakang faraj dengan komplikasi yang lebih kurang sama dengan anterior repair. Selain itu, terdapat teknik baru menggunakan pita khas tetapi agak mahal.“Rawatan pembedahan untuk rahim yang jatuh adalah dengan cara mengeluarkan rahim dari faraj dipanggil histerektomi faraj.
“Selalu juga, ketiga-tiga prosedur tersebut dilakukan serentak kerana JOP melibatkan bahagian hadapan, belakang dan rahim sekali gus,’’ katanya sambil menambah, salah satu komplikasi yang boleh berlaku adalah vault prolapse yang mana pembedahan untuk mengatasi masalah ini lebih merumitkan.

Pascapembedahan

Kebiasaannya, mereka yang pernah mengalami pembedahan melalui faraj akan melalui prosedur pembedahan yang singkat, kurang memerlukan ubat tahan sakit, mengalami pemulihan cepat dan memulakan hidup seperti biasa. Walaupun begitu, histerektomi mengambil masa tiga bulan untuk pulih sepenuhnya. “Hubungan seks boleh dimulakan kembali enam minggu lepas pembedahan. Usah risau, ia tidak akan mengganggu kehidupan seks normal.
“Yang penting, janganlah malu untuk berjumpa doktor dan menceritakan tentang segala masalah alat sulit yang dihidapi,’’ pesan Dr. Rosilawati. Lakukan pemeriksaan tahunan dan pap smear sebagaimana jadual yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.Kesimpulannya, rawatan dalam bentuk pembedahan atau bukan banyak bergantung kepada wanita itu sendiri, keseriusan masalahnya serta aspirasi masa depan reproduktif dan seksualnya.

Thursday, May 22, 2008

Hari-hari di Hospital


Salam semua.. hari ini me bangkitkan mood me nak bercerita kisah khayra lagi.. Pada 13 mei 2008 (selasa) .. Pada malam 12 mei 2008 tu me dah rasa tak sedap hati, dengan me yang demam badan khayra me rasakan macam panas semacam.. Tapi macam biasalah anak mama yang baik tu kalau demam pun bukan dia merengek atau menunjukkan reaksi yang dia demam.. Dia tetap bermain seperti biasa.Malam tu sebelum tido me ckp kat hubby.. me rasa tak sedap hati kali ni.. panas badan khayra lain dari biasa..Me tido kul 8 malam tu sama lah ngan khayra.. Kul 5 pg me terjaga, khayra terbangun and nak susu.. me laratkan badan yang tak bermaya tu bangun buatkan susu, tapi bila bagi kat khayra dia tak nak pulak..Huhuhuhu.. panasnya badan dia (bisik hati me)... Me tuamkan kepala dia ngan kain basah supaya panas tak sampai ke kepala and me lenakan kepala di bantal.. Tup.. tup me terjaga and lihat khayra kekejangan..

Astafirallah... sawannnnn... me terus menjerit bangggggg anak..... me angkat terus ke toilet bukak paip air and jiruskan ke khayra.. sikit suara pun tak kuar dari khayra.. me takut sangat masa tu.. Tak dapat me gambarkan . Me terus kata abg pakai baju kita g hospitalll... Khayra masih tak bersuara.. Lepas hubby pakai baju me suruh dia pegang and biarkan khayra bawah paip tu..Me bergegas pakai baju and buka pintu dan panas kan enjin buka pintu pagar and me dengar khayra nangis.. dari luar me jerit dah bang.. balut tuala terus ke klinik berdekatan umah dulu... Takutnya masa tu.. Dalam kete me tak kasih khayra pejam kan mata.... Me takutttt......... Sampai klinik me terus kata doktor ada,anak sy kena sawan.. Masa tu pukul 6.20a.m... Selepas doktor masukkan ubat bontot.. Alhamdullilah badan khayra dah tak panas and me suruh doktor tulis surat untuk ke HSA(hospital sultanan aminah).Hubby balik semula ke rumah ambil beg duit, susu dan baju khayra.. Setiba kat HSA, khayra di masukkan jarum kat tangan tu.. Huhuhu tak sanggup me tengok dia nangis.. Sakitnya hati ini...tapi untuk kebaikan khayra me pujuk dia.. sepanjang pagi tu dia asyik nangis selagi berada dalam bilik tu..me pun ajak lah dia keluar and she so good child.. kuar je dari bilik rawatan dia senyum and nak turun dan boleh berlari kesana sini... sejuk hati me bila tgk dia aktif seperti biasa.Khayra di masukkan ke wad dan me sempatlah ambil gambar guna hp ni..

Tq for all yang mendoakan kesihatan khayra.. terima kasih atas kunjungan my bos, oshie, makcik taksiah and pakcik ramli, kak ida and abg, mak abah, along dan keluarga serta doa yang tak putus dari auntie fr nye dia kl yang pastinya.. terima kasih semua...


baru-baru masuk nilah mukanya nak turun katil

selepas sehari duduk di hospital, selera bertambah

seronok ni sebab dah nak balik
















Wednesday, May 21, 2008

Mengapa Busan

Hari ni me melalui hari-hari yang me rasakan me sangat boring.. tak ada benda nak share ngan kawan2. Fuh.. keje melambak-lambak... Me rasa, me dah busan kerja sebagai pelukis pelan ni. Me nak try cari keje lain yang tak tertekan sangatlah. Mungkin me dah keje selama 6 tahun di company yang sama dan me melalui hari-hari yang kekadang me rasa happy and tak happy.(adatlah kan dlm berkerja ni).Me nak share pic ngan kawan2 pun me tak ada pic yang baru. Oklah me stop kejap. Me nak dgr lagu2 mp3 kat computer me ni yang me dah busan nak dengar...

Saturday, May 10, 2008

Sekejapnya masa berlalu

Sabtu.. 10 mei 2008

Terasa kejapnya masa berlalu meninggalkan kita.. Begitulah yang me rasakan.. Masalah demi masalah yang dihadapi dapat di atasi dengan bantun yang maha esa. Sebagai seorang muslimah atau muslim setiap saat kita kena mengingati allah.. Bebaru ni ada dapat email dari seorang kawan dan me rasa me nak share kan ngan kawan..Banyak yang membantu bila salah seorang kawan me antar email ni pada me..

JANGAN MENGELUH ........... Kita selalu Bertanya..... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... ......

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12 Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya.

Saya sebarkan peringatan ini kepada sahabat2 tersayang untuk ingat mengingati kepada kebenaran

Friday, May 9, 2008

Berjalan2 di Kuala Lumpur

Last first week of may, me sekeluarga menghabiskan masa di kuala lumpur.. Kami tumpang tido di rumah one of my engginer yang baik hati lagi cun.(tq yer kak benarkan kami tido).She so kind and bawak kami jalan2. Penting tu sebab kami ni mana lah tau jalan2 kat kl nie.walaupun masa tu khayra kena demam dan batuk, nasib baik dia tak menangis2 beria2 sangatlah.. Fuh.. penat betul rasanya masa tu.Ngan khayra demam dan papa dia tak pandai pujuk.. and she nak me aja dokong dia..Letih and me dah rasa macam nak patah tulang belakang ni yang dah sedia sakit nie...And yang paling best me nak share ngan semua orang adalah ..... Pada hari ahad 4 mei, my sis ni bawak me sekeluarga g ikea dan ikano dan the curve yang bangunan dia adalah sebelah tapi nama lain2... Masa part yang paling kritikal adalah bila me shoping baju utk khayra and papa dia pegang.. Perghh.. khayra menangis beria.. Terbantut me nak shoping..hehehe....
Dengan perasaan seorang mama yang baik hati me pun batal kan jelah membeli2 baju ni dan pujuk khayra yang telah meluahkan perasaan tak puas hati sebab me tglkan dia ngan papa dia.. Me rasa seronok klu bg khayra naik binatang yang gerak2 ni.. huhuhu mahal jugak rm5 utk 4 minit je.. Tapikan khayra tak leh naik seorang sebab binatang tu lebih besar dari dia, di kuatiri jatuh.. Me pun apa lagi mengambil kesempatan denda papa dia yang tak tau nak pujuk anak dia tu.. Me paksa papa dia naik sekali... lets see the picture.. me dah tahan nak gelak.. rasanya masa tu me ketawa beria2 gelakkan papa dia naik benda tu.. and kebanyakan benda tu kanak2 je naik ni orang dewasa...hahahahahah naik pecah perut ni.. okla let see the pic lah.. show time

Seminar Di Alson Klana, Nilai

Dalam diam tak diam dah 6 tahun aku berkhimat di syarikat consultant m&e (huhuhu lama tu).Sepanjang berkerja nasib baik dapat bos dan orang atasan yang baik.. heheheh bodek sikit utk dapatkan bonus....hahahaha.... Alhamdullilah.. aku rasa aku tak akan mencari kerja di syarikat lain .. so kepada kawan2 tak payahlah offer dulu kerja kat aku selagi aku tak minta..hehehehe aku selesa kerja di syarikat sekarang..Ops macam dah lari cerita aku ni..Sebetulnya nak bagitau.. Pada 3 mei 2008 jatuh pada hari sabtu yang lepas opis aku buat seminar di Alson Klana, nilai.. Jadi kami yang berkerja di opis Johor kenalah naik ke Bangi..Aku pun mengambillah kesempatan ini utk bercuti sekali bersama keluarga yang tertunggak dari bulan 3 atas sebab opis jugak tertunggak tu..Erm yang bestnya opis aku ni bagus.. dia sponsor millage dan tol.. Bagus kan...hehehehe.. so let check it out my pic in there..






Ini lah putriku






Sekarang ni khayra dah berusia setahun 4 bulan.. macam2 aksi yang dia tunjukkan. Inilah aksi-aksinya.Kuda tu pemberian pak ungkal(adik suami) masa khayra sambut birthday yang pertama.Kami sambut birthday khayra masa tu kat kampung suami dan kebetulan jatuh sehari selepas raya haji tahun lepas.Yang naik2 kereta dan main-main bola kecil2 tu masa berada di jusco tebrau city.Sebetulnya mama dan papa dia yang dah kepenatan berjalan, jadi kamipun letaklah dia taman tu dengan pembayaran rm3 selama 20 minit.Ilang sikitlah rasa penat tu.Aku tak ada banyak cerita nak share ngan semua org tapi dari pic2 yang aku upload ni korang leh nampak lah keletah anak aku yang sorang nie..adios

Thursday, May 8, 2008

Selamat Hari Ibu


Sempena menyambut hari IBU this 11 mei 2008, aku ingin berkongsi bersama semua pic my mother and dad.Kerana mereka aku membesar,kerana mereka aku berjaya dan mereka lah semangat yang aku ada dalam mengharungi perjalanan ini dari dahulu sehingga sekarang.Kini aku juga telah bergelar ibu kepada little princess yang di beri nama Khayra Insyirah Bte. Borhannodin.Besarnya pengorbanan mu mak dalam mendidik adik menjadi seseorang sekarang ini dan pastinya adik pun akan menjadikan panduan yang telah di berikan oleh mak untuk adik mendidik anak adik. Terima kasih mak kerana memberikan kasih sayang yang tak pernah putus dari kecik sehingga besar sehingga adik dah berkahwin dan mempunyai anak. Adik ingat lagi masa adik berusia 15 tahun dan mengalami kemalangan.Pada masa itu adik teringin nak makan ayam masak kicap. Tapi mak asyik tangguh-tangguh dan pada hari kemalangan itu mak masakan adik ayam masak kicap itu tapi malangnya adik tak dapat makan kerana bila di bawa ke hospital adik tidak dibenarkan makan kerana operation akan dilakukan segera.Semenjak dari itu mak tak penah bertangguh nak masak apa jua makanan yang diminta oleh adik.. I love u so much mum.

Salam Perkenalan

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog aku ni. Entah kenapa terdetik dihati ini nak memulakan perjalanan baru dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Tahun 2008 sudah berada di pertengahan tapi perubahan yang di impikan di awal-awal tahun tidak berjalan dengan lancar.Banyak yang di impikan......
Bermula tanggal MEI 2008 hati ini mula terdetik, rasanya diri perlu membuat perubahan besar pada diri sendiri supaya tidak menyesal di kemudian hari.. walaupun agak sukar ingin mengubah kelakuan dan peribadi sendiri tapi kita harus yakin.. INSYA-ALLAH..