Thursday, February 19, 2009

winduuuuuuuuu


Tetiba mama jadi rindu sangat kat papa. Erm.. dah 3 mg tak jumpa.. macm mana lah agaknya org yg tak jumpa berbulan2 yer.. huhuhuhu

Friday, February 6, 2009

kerabu mangga.. ermmm


hari sabtu yang lepas aku pergi kenduri kawin di Batu Pahat umah Paklang aku.. Tak sempat singgah umah Paksu. Maaf yer pak su. Balik2 umah mak kata Paksu kirimkan pelam tu.. aku pun rembatlah bawak balik jb 3 biji.. besar2 tau pelamnya.. 2 dah masak so makan gitu2 jelahkan.. lagi sebiji kurang masak. Mengkal2 lah kata orang Jawa..aku pun fikir2 nak buat apa ngan mangga ni nak makan gitu je dah kembang tekak dan 2 biji makan gitu je.jadi belek2 lah buku resepi terjumpa kerabu mangga.Apa lagi rajin jelah aku menelek2 resepinya dan inilah hasilnya.. taraaaa... jangan terliur yer...

Wednesday, February 4, 2009

Princess ku






mama suka tgk khayra cam sopan2 je.. masa ni keje kawin kat umah sepupu belah hubby kat selangor.. anak aku pun eloklah nak main kat situ je.. aku pun candid la.


alahai macam tau2 je nak marah mama sebab mama candid camera nie.. tapi korang tengoklah suka tul main barang2 pengantin tu..



Tuesday, February 3, 2009

Renungilah diri anda

Hayatilah.....

aku ada terbaca kat sorang kawan aku nye blog dan aku rasa aku patut panjang2kan apa yang dia kongsikan.. kekadang kita mmg tak sedar apa yang kita lakukan.. so lets share .


Kepada Teman2 Seperjuangan Mari kita kongsi apa yang Datuk Dr. Fadilah Kamsah kata dalam radio (bunyi lebih kurang macam ni la) ...

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '..

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja,

sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.

Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... '


Jadi sahabat ku, renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja .

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Ada kala kita rasa kita PRIHATIN, tapi rupanya kita BUSY BODY .

4. Ada kala kita rasa kita OPEN MINDED and OUT SPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Ada kala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Ada kala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita dilihat lebih MENGADA .

7. Ada kala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT' .

Pejam mata dan renung2 lah diri kita, kalau kita rasa kita OK, tak perlulah berubah... tapi kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah... Segera...tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? Fahami lah yang dibawah ini,

' Sekiranya engkau merasakan engkau dekat dengan ALLAH, nescaya engkau sebenarnya jauh... .' Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan.. kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa .. tak dapat BONUS lebih pun tak apa... sebab pahala dapat.. kita draw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya... Tidak menjadi pelik sekiranya kita merasa 'BIASA' saja selepas membaca ni, kerana... . kita sendiri tak tau apa makna ANJAKAN PARADIGMA tuh..