Wednesday, December 1, 2010

Disember datang lagi

Disember datang lagi setiap tahun.. mengingatkan kita tentang sudah hampir berakhir setahun demi setahun.. tahun 2010 bakal mengakhiri zaman.. Sekarang setiap kali disember datang, akulah insan yang paling takut, bahagia..
Takut.. kenapa harus takut.... takut melihat anak2 aku yang makin membesar.. membayangkan mereka akan besar dan terus membesar.. akan tiada lagi anak2 kecil yg akan bermanja dengan aku.. tak akan ada lagi mereka yang meminta susu, minta disuapkan..tak akan ada lagi budak kecil yang datang berlari ingin memeluk setiap kali aku balik kerja..pasti aku akan merindui setiap saat di maa mereka kecil.
Bahagia.. bahagia kerana mereka lahir di bulan disember.Setiap disember umur mereka meningkat setahun demi ke setahun.. Setiap tahun mereka akan mempelajari benda baru.. bercakap, memanggil aku mama, papa.. pandai menyanyi.. bahagia sungguh melihat mereka membesar.. Mereka bakal bersekolah..

Pasti setiap ibu bapa bahagia seperti aku bahagia.. tak kiralah mereka kekurangan dari mana2 segi sekalipun..Seperti Aniq- mempunyai penyakit G6PD.. sampai ke akhir hayatnya aniq tidak boleh memakan kacang.. tidak boleh kena nila.. tidah boleh terbau ridsect, tidak boleh bau ubat2 gegat.. hari ke3 kelahiran nya baru aku diberitahu oleh doktor.. walaupun sekarang aniq nampak aktif tapi aku tak tau apa yang akan berlaku dikemudian hari.. aku cuma boleh berharap tiada apa-apa yang buruk akan berlaku keatasnya.. Hari tu ada orang sekampung diserang denggi, dan pihak kesihatan membuat semburan nyamuk.. mereka memaklumkan pada pukul 7, kelam kabut aku melarikan aniq dari rumah.. Aku bawak kereta ke bandar.. huhuhu
Khayra pula semenjak aku duduk di rumah kedua orang tua ku, alhamdullilah dia tidak demam.. setiap kali dia demam aku akan berada dalam ketakutan kerana dia ada sawan demam.. walaupun darjah celciusnya hanya 3.7, aku hanya mampu berdoa sekiranya dia demam dia dijauhkan daripada sawan itu kerana takut untuk aku melihat dia dalam kesakitan.. hanya ibu bapa yang penah menghadapi anak macam ini sahaja tau bagaimana sawan itu menyerang.. aku kini menjadi fobia bila anak-anak ku demam.. aku tidak akan tidur semalaman sekiranya mereka demam..

No comments: