Tuesday, December 30, 2008

salam maal hijrah

Assalamualaikum semua.. Kini kita semua melangkah lagi ke tahun baru dalam bulan islam.. sebagai salah seorang umat islam dalam muka dunia ini aku merasakan tahun ni penuh dengan pengertian.

Maal Hijrah atau Hari Awal Muharram merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.

Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Bagi aku pula aku merasakan penghijrahan tahun ni aku sangat penting.. banyak yang ingin ku lakukan pada tahun islam kali ini.selaras dengan masukkan tahun 2009 yang akan mendatang ini.Aku mengharapkan semua yang mengenali secara langsung atau tidak langsung aku harap dapat mendoakan moga aku berjaya di tahun baru ni.. wassalam

Tuesday, December 23, 2008

sepittt ohh sepitt


mama dah lama tak belikan khayra sepit. dulu kecik2 selalu jugaklah pakaikan sebab time tu khayra tak tau bukak lagi. Sekarang pantang.. Geram jugak mama sebab lepas buka khayra akan buang terus. huhuhu. jadinya mama tak penah beli yang mahal2 sebab frust tau asyik ilang je, last2 mama beli yang sepit murah2 je.. mehlah tgk macam mana sekali nak pakai sepit nye tu, abis semua khayra soh letak atas kepala dia.. bila rambut khayra nak panjang.

Happy birthday anakku..


Tahun ni khayra sudah sampai umur 2tahun. Bagi aku sekeluarga malam ni baru kita orang akan menyambutnya.Maklumlah papa dia duduk jauhkan dari kami sekeluarga.Tapi malam ni papa dia balik untuk menyambutnya.. hehehehe. Pada 14-12-2008 hari tu aku pegi ke majlis keje kawin sepupu aku nie. Kebetulan masa di sana dia orang plan nak sambut birthday siapa yang lahir pada bulan 12. kebetulan jugak pada bulan 12 ahli keluarga ku seramai 3 orang menyambutnya.. Pertama tentulah anak aku kan 22-12-2008, kedua mak aku 5-12-2008 dan anak buah aku yang sulung 30-12-2008.Kek tu di sponsor oleh lelaki yang tinggi2 tu. kek aiskrim ko.. pastu dia siap belanja semua orang makan kfc berbucket2.. Anak aku lak cam confuse je tu diam je bila di dukung oleh pakcik sedara aku.Tak pelah khayra hek atleast dpt jugak sambut birthday ramai2.Tahun ni mama tak buat birthday party untuk khayra. Kita dok makan sekeluarga je.

Tuesday, December 2, 2008

Selamat menyambut ulang tahun yang ke ....

(sorry yer pic x jumpa yang lain, berkenan yang ni je.)


Arti Sahabat
by Nidji

tak mudah untuk kita hadapi
perbedaan yang berarti
tak mudah untuk kita lewati
rintangan silih berganti

kau masih berdiri
kita masih di sini
tunjukkan pada dunia
arti sahabat

kau teman sejati
kita teman sejati
hadapilan dunia
genggam tanganku

tak mudah untuk kita sadari
saling mendengarkan hati
tak mudah untuk kita pahami
berbagi rasa di hati

kau adalah..
tempatku membagi kisahku
kau sempurna
jadi bagian hidupku
apapun kekuranganmu

Selamat ulangtahun yang akupun tak pasti berapa tahun kak, Tapi dlm hati aku, aku senantiasa mendoakan kau yang terbaik, berjaya dalam apa jua yang ko lalui.Happy birthday kak..

Saturday, November 22, 2008

Happy birthday


Di kesempatan ini saya nak mengucapkan selamat hari lahir pada seorang adik yang bernama NurShahidah Bte Omar.. hehehhe betul ke nama penuh ko hek tu shie.. sorry lah kalau salah yer. Apa2pun akak nak ucapkan selamat hari lahir, moga pada hari2 yang mendatang akan menjadi kan dirimu lebih dewasa.Akak harap tak ada lagi perselisihan faham atau apa2 masala h di hari2 yang mendatang yer.. Last sekali selamat hari jadi..(boleh lah belanja makan pagi ni hek .. wink)

Wednesday, November 19, 2008

selamat bertunang


16 november 2008 hari tu kawan aku masa sama belajar di Ikm dulu bertunang. Tapi sayangnya aku mmg tak dpt menghadiri nye.. (maaf yer fad).Gambar2 ni pun aku curi dari friendster tuan punya diri. jangan mare yer.. bukan apa cuma nak bgtau kat ko je aku ucapkan selamat bertunang.. moga sampai ke jinjang pelamin. apa2 pun nanti jangan lupa jemput aku yer.

Thursday, November 13, 2008

Tahniah IR.Fadzilayaty


Salam semua.Entry ni khas untuk KAKAK KU YANG TERSAYANG NIE.. tahniah yer kak sebab lulus peperiksaan untuk menjadi IR.Fadzilayaty Bte. Ramli.. wah nampak nye lepas ni kena panggil puan lah yer sebab pangkat tu dah tinggi sangat berbanding aku nie.. tak seiring lah kita lagi, pipit mana leh terbang bersama enggangkan.. huhuhu.. Tapi kan kak aku harap ko tak akan jadi Ir yang garang tak, sebab ko engineer yang baik.Aku doakan semua kebaikkan untuk ko dan moga-moga di limpahi keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan dan banyak lagilah..(harap-harap dpt makan kat senibong tau sebab semua org kata makanan dia sedap.. wink)

Belon oooo Belon


Khayra suka sangat ngan belon ni.. Pantang nampak belon dia akan ckp `mama belon, lon, lon. nak lon' . Korang tau tak belon tu bukan murah tau rm6. huhuhu apa yang mahal sangat ntah.Untung tul org yang jual belon ni tau.. kalau 10 org yang beli dan rm60 kan.. tak yah keje penat2. Dia g je tapak pasar malam or tapak2 yang ramai orang. Kita pun tak sanggupkan nak dengar anak kita menangis2 nak belon tu, so belikan jugaklah. Klu beli makanan dah kenyang dah.. Tapi khayra nye pasal tak pelah kan mama berkorban.. Mama rasa dah banyak sangat dah duit abis beli belon..

Tuesday, November 11, 2008

Masihkan ko ingat


That's the name of my company which was formed in 1995. Alhamdulillah, until now, the company has grown from 3 staff to about 15 now with two main services offered to the clients vis. Consultancy and Inspection & Testing Services.
The word SAFF actually came from Surah As-SAFF one of the 114 surahs in the Holy Quran Al-Kareem. SAFF means Rows or Barisan in Malay Language. It is also signifies a straight row when muslims perform their congegational prayer..
What has been expected by using the word SAFF is that all staff will be united together towards achieving one goal and having the same mission in giving the best and quality services to the customers.

Let us hope what that has been expired by the founder come true... Ameen..


Salam sahabat-sahabat andai semua.. Hari ni hari selasa bersamaan 11 november 2008, terasa dalam hati ini nak bercerita serba sedikit tentang diri sendiri dan kenangan2 bersama kekawan dalam melayari alam perkerjaan.Dari awal bermulanya perjalanan hidupku yang berkeje sebagai pelukis pelan di salah sebuah syarikat M&E consultant..Artikel2 di atas tu aku ambil dari BOS aku nye blog tau..
Masa mula-mula kerja di sini aku telah menjawat jawatan sebagai pelukis pelan. Masa mula2 masuk saff ni ramai tul pekerja.. Wani, razif, Kak ecah, Kak Fadzila, Kak zai, Kak kery, Kak mas, Anuar, Rosli, Hanim, Fida, Kak mun, Madi, En.Mail.. semua nama2 yang aku masih ingat lah dan akan ingat.Sebab mereka semua kawan2 aku yang pertama di tempat kerja ini.
Lepas 6 bulan berkeje aku di pindah ke Nilai.. Masa baru aku sedar besarnya tanggungjawap pelukis pelan ni sebab aku sorang kena dok kat sana.. hahaha... dengan pengalaman 6 bulan berkerja aku di pindah ke Nilai utk sementara.. setiap hari call senior aku tanya itu ini itu ini.. Maklumlah kan fresh katakan.. Semua mana tau lagi..Banyak tull tau bos aku mengajar aku.Bos aku tu nama je bos tapi dialah aku rasa bos yang tak tau penat.. Orang jadi bos relax2, main golf ke, apa ke kan.. ni dialah bos dialah pekerja.. (harap2 bos aku tak baca blog aku ni, klu terbaca maaflah bos hek ngumpat bos sikit je).
2 bulan lepas tu bos aku antar engineer aku sorang nie, (ha yang ni aku leh ngumpat terang2).Engineer aku yang sorang ni perempuan, masa tu anak daralah skrg dah mak dara dah..hikhikhik.Aku pun mulakan hidup bersama dia, kemana ngan dia lah.. apa je semua ngan dia.Kita org keje tak kenal erti malam dan siang.. cuti aku hari rabu tupun sebab masa tu aku sibuk nak tengok senario.. sbb rindu ngan bf yang muka cam lan pet2 tulah ( bukan aku ckp, kekawan aku yang ckp).Aku keje ngan dia 1 thn 1/2 lah..pastu aku benti kat saff nie..Aku keje tmpt lainlah.. kononnya saff tak best..dpt offer pun lagi bestkan dari saff ni.. aku pun benti.. keje kat jb balik..2 bulan je aku keje tmpt baru tu, huhuhu tak best langsung. asyik kena marah je.. yelah bos cina.. nak sembahyang pun kena marah.. nak makan pun takleh. dah lah aku kuat makan.2 bulan keje 8 kg turun.. kurus sikitlah masa tu..
Jodoh aku ngan saff ni panjang.. Bos aku yang baik hati ni lak masa tu byk dpt job dan alhamdulillah syukur sangat2lah sudi dia nak ambil aku balik. hehehe dlm aku nak kerja balik dan bos aku amik aku balik byk storey2 tersimpan yer. TAK LEH CERITA.. kang cerita busan korang ti.. eh tertinggal, masa tu bos aku dah beli opis baru tau kat bandar seri putra.. dah tak kat nilai dah..Nak aku pendekkan cerita aku keje lah di sana sampai 2 tahun dan aku berkahwin..
Kini aku kembalik bertugas di SAFF JB.Kini aku dah keje 6 tahunlah senang cerita ngan opis bos aku.6 tahun korang rasa lama ke kejap?. EX-Staff kat saff ni semua lagi lama dari aku tau, sebab semua syg nak tglkan opis ni.. Dahlah bos baik, tak berkira, senang runding, pucuk pangkal nya aku happy gila lah keje sini..6 tahun berlalu jugak sekarang tinggal aku dan akak engineer aku yang aku cite duduk bersama2 aku kat nilai tu..Yang lain2 semua dah benti dan semua di ganti dengan orang2 baru.
Orang2 baru kan namanya so banyak benda dan perubahan demi perubahan aku nampak kat saff ni.Perubahan yang positif lah takkan yang negetif lak kan..Aku tak ada maksud2 tertentu dlm bercerita pasal opis aku ni tau, aku cuma teringat kenangan2 lama aku saat mula masuk keje.Teringat cerita2 lama.Yelah kan kita dah nak masuk 2009 kan.. kenangan2 lama tu tetap segar dlm ingatan aku.Saat2 bersama kerja sampai pagi kan bos kan.. kan kak fadzila kan..kita bertiga kerja sampai pagi, pastu pow bos kan makan mee goreng atau sup kambing kat kedai mamak dekat alson klana tu.. ko ingat tak kak??Lagi satu kak kat situlah bos kita kenalkan ngan roti nan kan makan ngan ayam tandori.. sedap gilerrr...TQ yer bos.

Moral the story:
1- aku sayang kat saff ni sebab sejak 6 tahun dia lah sumber pendapatan aku.
2- aku sayang bos aku kat saff ni sebab dia tak penah marah aku kalau aku buat kerja salah.
3- aku sayang engineer aku kat kl tu (rugi tull tak dapat keje bawah ko lagi kak).
4- aku sayang bos aku sebab dia banyak tolong aku di saat sukar aku menjalani kehidupan ini...

Saturday, November 8, 2008

Jom Tulis



Ari tu masa mama balik kampung mama memang macam terniat nak belikan khayra alatan tulis.. yelah sekarang anak mama ni dah besar dan sibuk nak lukis-lukis je.. Selalu guna abang nukman dan kak naziha punya barang.Hari tu mama jalan-jalan ke the store jumpalah peralatan ni murah je .. set tu berharga rm10. MURAHKAN.. Kalau khayra hilang2kan mama tak lah ralat sangat sebab murah banyak nak berbanding ngan swam, luna dll..

Friday, November 7, 2008

Papa ku rindu mu




Dulu masa papa duduk dengan kami lepas solat songkok papa jadi mangsa khayra... Sekarang tak ada lagi songkok khayra nak pakai.. ermm rindu papa.. Mama kata. papa kena duduk jauh sebab nak tambahan kan pendapatan.. Mama kata jugak tahun depan khayra dah leh dapat adik jadi papa kena kumpul duit lebih sikit..Mama masih lagi duduk di johor manakala papa duduk di kluang.. Setiap minggu mama balik jumpa papa di kampung.. Letih betull mama kata..Tapi mama kagum dengan khayra.. sejak papa tak duduk ngan kami khayra macam memahami lak.Selalu kalau lepas amik kat umah pengasuh khayra sibuk nak main kat luar.Sekarang tak lagi.. Khayra akan abiskan masa bermain di dalam rumah je..Mama rasa khayra faham papa dia tak ada sekarang ni.. Huhuhu mama lak yang emotional sekarang nie.. Maklumlah baru seminggu berpisah..

Penampilan Terkini



Abis raya hari tu mama dah mula rimas dengan khayra ni.. Ikat rambut tak nak ikat.. Ikat-ikat buka.. Lagi satu mama bukan nak kata apa lah.. Masih adakah lagi korang dengar zaman-zaman moden ni ada kutu lagi.. Aduhai.. KUTU OOOOOHHH KUTU.. napa banyak-banyak orang anak mama jugak yang korang hinggap.. Actually khayra dapat kutu dari umah pengasuh dia tu.. Anak pengasuh yang kecil tu boleh lak ada kutu dan berjangkitlah kat khayra ni... Apa lagi mama geram mama pi kedai potong rambut..




Yang penting kan kekawan.. anak mama ni baik sungguh.. mama sangat lah terkejut takutlah dia tak tau nak duduk dia.. Elok je dia dok kat kerusi amoii tu potong rambut dia.. Ha mehlah tgk muka dia tu..


Cite pada hari raya


Dah lama sangat2 mama tak uplod pic anak mama tersayang nie.. Banyak cerita mama nak kongsi sakarang nie.. Ni cerita ari raya.. I dah cukup cun siapkan anak tercinta sorang ni tapi dia nye lagi syok jadikan diri dia tu.. Meh tengok pic hek.. Sebelum pergi beraya biasalah mama kalau dah pegang camera ada je gambar2 nak di ambil..


Mama kata kat kyra mehlah test baju yang Auntie FR belikan.. sebab setiap tahun auntie bagi baju tapi mama je tak letak post kat dalam blog dan mama share ngan kawan2 terdekat je.. Ni mama nak cerita kat semua org yang auntie FR tu kata je tak ada duit tapi dok belikan baju khyra mahal2 jugak.. TQ yer auntie

Wednesday, November 5, 2008

Mood ohhhh Mood

Salam semua.. huhuhu lama nye tak menjenguk blog ni.. dah bersawang semuanya.. Maklumlah sibuk dan kekurangan modal.. Tapi saya akan bermula semula dgn cerita2 terkini.. Sabar yerrr

Wednesday, July 16, 2008

Words...

Salam kekawan semua.. Kelmarin aku busan gila dok umah. Suami tercinta keje shif.. macam inilah agaknya kebusanan isteri2 yang suami nya keje shif..Aku pun tak ada keje dok menyakatlah anak aku yang tercinta tu.. Mari hek korang dengar aku ajar anak aku bercakap.. heheheh marilah dengar.perkataan2 yang dia selalu dan suka sebut sekarang nie..

Monday, July 14, 2008

Cepatnya dirimu membesar




Salam semua.. Terasa pantas nya masa berlalu.. Putri ku juga makin membesar.. Gambar ni aku ambil masa di majlis perkahwinan seorang teman.. ermm.. karenah dan ragam anakku kini pengubat.Erm bila lah nak bagi khayra seorang adik lagi. Sebenarnya aku takut untuk bersalin kali ke 2 kerana yang khayra di keluarkan dari perut ku ini melalui pembedahan. Kalau normal mungkin aku tidak kisah.. Banyak kisah yang aku dengar tentang mengandung kali kedua ini.. Jadi aku rasa baik aku jarakkan sikit umurnya dengan adiknya. Walaupun sebenarnya di ketika ini aku merindui bau2an dari syurga itu..tangisan seorang bayi..

Monday, June 30, 2008

happy besday to me

Slm kekawan semua.. lama tul tak update.. kali ni entry cerita je.. sebab x sempek nak amik pic lah.. maklumlah dah kepenatan dan tak sabor..

ok bermula kisah cerita pada 28-6-2008(sabtu)
aku jumpa one of chatter yang mmg boleh di kata kan every weekend lah jumpa sebab dia gemor sangat2 ngan anak aku.. aku dpt hadiah jam tangan dari dia.. aku upload nantilah pic nye cause aku mmg dah terbiasa tak pakai.. dan bila ada pun aku terlupalah nak pakai.. tapi malam nanti aku amik gmbr nak tunjuk kat korang jam cam ner aku dpt.. TQ so much to marco and mrs. marco(not real name) yang sudi bagi shida jam tangan yer.. shida suka sangat2 jam tu..

di hari yang sama mak bapak aku pun sampai dari kampung nak sambut besday anakanda tercintalah kan pada esoknya...

2nd story on my besdaylah(ahad)

aku bangun seawal kul 7.30 (awal ke hek)... tu pun terpaksa bangun sebab anak aku dah bangun.. program ari ahad on my besday..

7.30a.m : bangun, mandi, buat sarapan, mandikan khayra..

9.00a.m : bersiap2 nak pi jakel ni ada offer. semlm nampak kain rentangnya..mak belikan aku kain ela nak buat baju kurung..hubby belikan tudung idaman.(tq ye yang)

9.30a.m : wahh dah sampai jakel tapi kedai lom bukak.. terpaksalah menunggu sampai kul 10. Aku g awal bukan apa.. sebab ahad kan ada offer klu g tghari nanti sure jem and susah nak pilih baju cause org dah ramai..

10.30a.m : beredar dan g ke kipmart tampoi.. aku beli ikan siakap.. nak tau dialog aku ngan penjual.

aku : bang ikan siakap ni kira kilo ke kira seekor
penjual : sekilo rm15 dik
aku : erm jual lah kira ekor.. seekor rm10
penjual : pilihlah dulu.abg timbang..
(akupun pilihlah yang sedang2 elok)
penjual : rm7.50 dik
aku : heheheh ye ke tak sampai rm10.(teruslah rembat 3 ekor dgn harga rm22)

murah kan...

11.30a.m : sampai umah and terus siapkan bahan-bahan nak masak..Menu hari ini

ikan siakap 3 rasa
ikan stim limau
kailan belacan
tomyam
sup sayur(utk khayra)
(penat wooo masak sorang-sorang.bagi peluang mak bapak aku rehat)

2.30 p.m : dah siap semua and tgl makan..(syg tullah tak ada pic..semua org kata aku masak sedaplah ikan 3 rasa tu.. bukan aku puji diri aku tau tp dia orang yg ckp. hehehehehe)

4.00p.m : aku pegi giant sebab abah nak beli barang sikit.

5.30p.m : kul ni ujan lebat gila kat jb.bila aku sampai umah pelik umah gelap sebab septtnya hubby dah balik.ngan pintu tertutup.conpuis la lak kan.. aku pun bukak2 lak pintu terus ada kek dan lilin yang menerangi kegelapan umah aku tu,..( tq bang.. syg tul2 terkejut sbb mmg tak sangka tul ada surprise..)

6.30p.m : ujan benti and makabah balik.

abislah sesi di sebelah petang aku.. huhuhuh letih tapi tak pelah sebab birthday aku kan.. mak dan abah sanggup dtg dari kampung pun dah bagus..

sesi mlm lak nie :

kul 7.45 mlm :

hubby : yang ada program tak malam ni
aku : tak ada
hubby : jom pi keje kawin. ada dinner kat bukit batu.
aku : jommm

9.00 mlm : sampai lah di rumah pengantin.. and ada dinner ada joget lambak.. syokkk wooo
dah lama aku tak tgk joget lambak..korang tau tak joget lambak cam ne.. aku story sikit hek. umah pengantin tu amik band.jadi budak2 kampung ni pun lepak lah kat tepi2 jalan dan tunggu lagu2 best dan joget lah ramai2 kat kawasan depan band tu..

10.30 mlm : aku beransur pulang dan sampai umah dlm kul 11.10mlm..

THE END.

*pic aku upload sok.hadiah2 yg diterima.mintak maaf banyak2 lah hek.semua2 pic lauk pauk semua mmg aku tak amik pic. sbb dah kepenatan memasak.

Friday, June 20, 2008

Baju ooo Baju


Salam kekawan.. ni aku nak cite satu tabiat anak aku yang kekadang aku geram dan kelakar jugak.Dia pantang klu aku lipat or basuh baju dia.. Ko nampak tak dia buat apa.dia akan cuba pakai baju2 tu kat badan dia.. Then nanti klu tak leh masuk dia marah2 lah.. Tu yang menyebabkan aku tension..Korang nampak tak dia tengah nak pakai kain skirt dia.. Aku dah malas nak tegah dah.. lantak ko lah janji tak mencederakan diri sendiri..




Ha korang tengoklah beria dia tarik skirt dia tu nak naikkan.. ermmm Mata tak lepas tgk tv tu sebenarnya.. Maklumlah barney masa tu...


Ha nilah hasil yang terakhir... Pakai baju dah macam pocong aku tengok.. Hahahaah khayra..khayra... Ko ni kan selalu buat mama geram dan kekadang kelakar

Tuesday, June 17, 2008

Beg ooohh beg


semalam masa balik umah aku tgk2 ada catalog avon.. apa lagi aku bukak.. wahhh lawa nye tupperware ni.. ingatkan nak pegi malam tu jugak tapi hujan .. jadi terbantutlah kan.tengah ari ni tadi aku ajak kawan aku temankan aku pegi ke avon.. nasib baik ada lagi tuperwarenya.. x lah ralat sangat.sebab sebelum2 ni kalau aku terlewat sikit je mesti dah abis.. kekdg penat datang ke butik avon tu je..




bila aku belek catalog2 yang lain.. alamak bestnya beg bear ni.. sebetulnya dah lama sangat aku nak beli beg ni utk kyra tapi yelah senantiasa kehabisan stok.jadi aku pun sapu lah.. harga beg ni tak mahal sangat lah berbanding harga asal.. rm39.90.. lepas offer rm17.90..apa lagi aku pun sebat jelah untuk puteri yang tersayang tu..beg bear ni muat lah utk sekeping pampes, baju, seluar dan susu dia.. hehehe oklah tu kan.. klu tidak beg aku yang selalu jadi mangsanya.

bersama sepupunya

bila semua cucu-cucu atuk abah balik naik riuh rendahlah umah.. yang belakang sekali anak akak sulung aku, yang baju kuning tu anak abg aku dan yang senget je tu.. anak akulah..

tgklah gelagat anak aku tu.. kecik tapi kuat makan woo.. makan je keje dia. jangan makan banyak-banyak sangat nak.. nanti orang kata ko keturunan mama berbadan besar.. hehehehe

Monday, June 16, 2008

Ya Allah Kau Yang Maha Berkuasa

Salam semua wahai teman2.. Mgkn agak lama shida menghilangkan diri dari blog diri.. Anakku yang tercinta di serang demam and sawan lagi..kali ini kami berpakat untuk duduk di hospital kluang supaya mudah untuk kedua ibubapa kami datang menziarahi khayra di hospital.3 hari 2 malam aku menetap disana.. khayra kena sawan sampai 3 kali di hospital. 2botol air di masukkan ke dalam badannya.. Ya-allah hati ibu mana yang tidak terluka dan terguris bila melihat anak nya menangis menahan sakit di cucuk jarum.Setiap kali khayra tersentap diserang sawan airmata aku tidak dapat di tahan.. Nurse..Nurse.. sekuat2nya aku menjerit..Selalunya di hospital kerajaan hanya seorang sahaja yang boleh menemankan si anak.Alhamdullila lepas berbincang dengan nurse dan jaga, suami kudapat menemankan sekali kerana khayra di masukkan ke bilik pengasingan kerana tanda-tanda awal chicken pox.. Ya Allah mungkin ini balasan mu di atas salah silap kedua ibu bapa nya Ya-Allah..Mungkin aku telah banyak melakukan kesilapan yang lepas-lepas.Ya-Allah tiada yang lebih hebat selagi dugaan mu, Tiada yang lebih berkuasa selain diri mu ya-allah.. ampunkan lah dosa hambamu yang hina ini ya-allah.. hanya dengan kekuasaanmu sahaja semuanya boleh berlaku.. amin.. amin.. ya rabbal alamin..



tidurlah ngan lena permaisuri hatiku






moga-moga tiada mimpi ngeri lagi selepas ini


Friday, June 6, 2008

Alya demam lagi..



Kawan-kawan marilah doakan untuk kesihatan kat anak buah kesayangan aku nie.. Setiap bulan dia demam..Budak2 skrg ni dah lah susah nak makan ubat.. Tu bertambah lambat baik.. Kawan-kawan doakan supaya anak buah aku yang berada di bangi skrg ni sihat je. Sabar yer kak.. Aku senantiasa doakan alya cepat sembuh.

Thursday, June 5, 2008

Argggggggghhhhhh Bencinya

Semua orang tau tentang kenaikkan harga minyak yang sangat membebankan semua orang.. Tapi apalah nasib kami yang hanya mampu membebel dan mengata di belakang sedangkan keputusan tidak akan berubah..Itulah nasib kami warga malaysia..Tadi aku terima email dari seorang kawan yang membandingkan harga minyak yang aku pun tak pasti di mana kesahihannya..Let share:

govt always compared our petrol to non oil-producing
countries like Singapore and Thailand but got no balls to do the
comparison with other oril producing countries like below. Check for
yourself:

UAE - RM1.19/litre
Eygpt - RM1.03/litre
Bahrain - RM0.87/litre
Qatar - RM0.68/litre
Kuwait - RM0.67/litre
Saudi Arabia - RM0.38/litre
Iran - RM0.35/litre
Brunei - RM1.10/litre
Nigeria - RM0.32/litre
Turkmenistan - RM0.25/litre
Venezuela - RM0.16/litre

MALAYSIA - RM2.70/litre

Arggghhh lagi tension aku ngan kenaikkan kali nie.. 72sen... dengan gaji yang tidak seberapa ini.. dapat ke aku meneruskan perjalanan ini sedangkan sekarangpun aku sudah mengamalkan sikap berjimat cermat.. Macam tak sanggup melihat anak2 aku nanti mengharungi perjalanan yang lebih teruk dari apa yang aku alami sekarang..Semua barang-barang akan meningkat... KENAPA MALAYSIA.. KENAPA MALAYSIA...

Tuesday, June 3, 2008

June Datang Lagi

Setiap kali June datang hati aku bedebar..wahhh harinya kian tiba... kuang.. kuang.. Aku makin mentua, kalau bak kata kawan akulah...hehehehehe...mesti perasaan mak aku sama macam aku menantikan kelahiran anak aku..huhuhu maklumlah dah rasa pengalaman seorang mak..Tanggal bertuah 29-6-1981.. Apa yer hadiah tahun ni..hehehehe.. (wink) nak jam.. nak jam.. (khas utk hubby)hehehehe... Jam mama dah rosak lah papa.. ganti kan yang baru leh..Nanti aku update entry lagi tau..

Thursday, May 29, 2008

Ingatla jatuh peranakkan adalah berbahaya

Salam semua.. me tak sibuk sangat hari ni.. jadi me ambil masa utk share ngan kaum sejenis me pasal isu peranakkan jatuh ni... kekadang kita tak amik port sangat. me pun search kat internet and jumpa info yang bagus untuk di kongsi..

LETS SHARE :

Elak rahim jatuh
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

JATUH organ peranakan (JOP) adalah satu perkara yang biasa berlaku di kalangan kaum wanita. Dianggarkan, hampir separuh daripada mereka yang pernah melahirkan anak akan mengalaminya di kemudian hari. Namun begitu ramai yang enggan berjumpa doktor atas alasan malu, ditambah dengan keadaan JOP itu sendiri yang tidak mengganggu kehidupan hariannya.
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Kampung Baru Medical Centre (KBMC), Kuala Lumpur, Dr. Rosilawati Abd. Ghani berkata, JOP berlaku dalam keadaan di mana ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu.
‘‘Apabila ini berlaku, rahim akan jatuh keluar faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.
“Walaupun tidak sampai mengancam nyawa tetapi ia mendatangkan ketidakselesaan dan penderitaan emosi. Kadang- kadang seseorang itu boleh mendapat lebih dari sejenis JOP,’’ katanya.

Jenis-jenis JOP

Bahagian atas/bumbung faraj
Sekiranya bahagian atas yang terlibat, maka rahim akan jatuh ke bahagian faraj (uterine prolapsed).

* Gred 1: Rahim terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidak menyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaan dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear
* Gred 2: Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj
* Gred 3: Hampir keseluruhan rahim jatuh terkeluar dari faraj.

Bahagian hadapan

Pundi air kencing jatuh ke dalam faraj (sistosele). Ia akan menolak dinding faraj ke hadapan yang menonjol seperti satu benjolan.
Kebiasaannya pundi dan salur kencing akan jatuh sekali (Cystourethrocele) dan paling biasa terjadi di kalangan wanita.

Bahagian belakang faraj

“Sebahagian dari usus kecil yang mengisi ruang antara rahim dan faraj boleh jatuh di kawasan antara faraj dan bahagian akhir usus besar (rektum). Keadaan ini dipanggil enterosele.
“Jika rektum pula yang jatuh, ia akan membentuk satu benjolan di belakang faraj berhampiran dengan dubur. Ini dipanggil rektosele,’’ terang Dr. Rosilawati.
Kemungkinan besar, kedua-dua keadaan ini boleh berlaku serentak dan harus diperiksa secara menyeluruh. Ini amat penting kerana jika tidak didiagnosis, boleh meningkatkan kesengsaraan pesakit lebih-lebih lagi selepas pembedahan.Menurutnya, ada lagi satu keadaan dipanggil vault prolapse yang berlaku selepas pembedahan histerektomi atas apa jua masalah. “Ini mungkin mengambil masa untuk berlaku setelah sokongan oleh otot-otot keliling dan bekas jahitan pada faraj menjadi lemah lalu jatuh ke bawah. “Ia terjadi pada 15 peratus wanita yang menjalani pembedahan histerektomi disebabkan oleh JOP dan hanya satu peratus atas alasan lain seperti fibroid,’’ ujar beliau.

Punca-punca JOP

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan otot dan ligamen pelvis menjadi lemah, antaranya kehamilan dan bersalin; usia dan menopaus; obesiti; ketumbuhan seperti fibroid yang besar dan; batuk atau sembelit kronik.

Lain-lain termasuklah mengangkat bebanan yang berat; keturunan seperti Sindrom Marfan dan etnik; menjalani pembedahan pelvis seperti histerektomi, pembetulan pundi kencing dan; kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang.

Simptom dan diagnosis

Wanita yang mengalami masalah JOP yang sedikit, kata Dr. Rosilawati, ada kalanya tidak berasa sebarang simptom atau ketidakselesaan. “Sekiranya pundi kencing yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan wanita sukar mengawal kencing, kerap kencing atau kencing tidak puas.
“Apabila usus kecil atau besar yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan sembelit, rasa tidak puas buang air besar sehingga kadangkala terpaksa memasukkan jari untuk mengeluarkan najis.’’
Jatuh organ rahim pula menyebabkan wanita berasa ada benda berat di celah alat sulitnya. Dalam keadaan yang teruk di mana rahim jatuh keseluruhannya, boleh menyebabkan luka, berdarah dan jangkitan kuman.

Pencegahan

* Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera
* Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang
* Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air
* Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat
* Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik
* Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.

Rawatan

Dr. Rosilawati berkata, sekiranya JOP masih di peringkat awal, pesakit akan dirujuk kepada pakar fisioterapi untuk mengajar teknik senaman pelvik.
‘‘Selain itu, pesari faraj iaitu alat berupa gelang/donut yang terdapat dalam beberapa saiz boleh digunakan untuk mengekang rahim dari jatuh.
“Ia boleh digunakan oleh wanita dari segala peringkat usia reproduktif atau yang menopaus, yang tidak boleh atau tidak memilih cara pembedahan,’’ jelasnya.
Mengulas lanjut, ini mungkin disebabkan wanita itu muda dan masih mahu mengandung dan melahirkan anak atau wanita berusia yang tidak sihat untuk menjalani pembedahan.
Cuma, ia perlu diganti setiap tiga atau empat bulan dan pesakit hendaklah berjumpa pakar sakit puan untuk memasang dan menukarnya.
Secara amnya, setiap rawatan individu adalah bergantung kepada pelbagai sebab seperti usia, simptom, jenis JOP, perancangan reproduktif dan seksual, tahap kesihatan serta kesannya terhadap kehidupan wanita itu.

Rawatan pembedahan

Merupakan pilihan terakhir setelah segalanya dilakukan. Anterior repair-colporrhaphy adalah pembedahan yang dilakukan dari bahagian hadapan faraj tanpa melibatkan insisi/belah di bahagian abdomen/perut. Dr. Rosilawati memberitahu: “Ia digunakan untuk membetulkan pundi kencing yang sudah jatuh. Selalunya bius sepenuhnya atau bius separuh digunakan.
“Komplikasi yang mungkin berlaku (tetapi jarang) adalah sakit ketika melakukan hubungan kelamin, pundi kencing yang terlalu sensitif ataupun sukar membuang air kecil.’’
Begitu juga dengan posterior repair yang melibatkan pembedahan dari belakang faraj dengan komplikasi yang lebih kurang sama dengan anterior repair. Selain itu, terdapat teknik baru menggunakan pita khas tetapi agak mahal.“Rawatan pembedahan untuk rahim yang jatuh adalah dengan cara mengeluarkan rahim dari faraj dipanggil histerektomi faraj.
“Selalu juga, ketiga-tiga prosedur tersebut dilakukan serentak kerana JOP melibatkan bahagian hadapan, belakang dan rahim sekali gus,’’ katanya sambil menambah, salah satu komplikasi yang boleh berlaku adalah vault prolapse yang mana pembedahan untuk mengatasi masalah ini lebih merumitkan.

Pascapembedahan

Kebiasaannya, mereka yang pernah mengalami pembedahan melalui faraj akan melalui prosedur pembedahan yang singkat, kurang memerlukan ubat tahan sakit, mengalami pemulihan cepat dan memulakan hidup seperti biasa. Walaupun begitu, histerektomi mengambil masa tiga bulan untuk pulih sepenuhnya. “Hubungan seks boleh dimulakan kembali enam minggu lepas pembedahan. Usah risau, ia tidak akan mengganggu kehidupan seks normal.
“Yang penting, janganlah malu untuk berjumpa doktor dan menceritakan tentang segala masalah alat sulit yang dihidapi,’’ pesan Dr. Rosilawati. Lakukan pemeriksaan tahunan dan pap smear sebagaimana jadual yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.Kesimpulannya, rawatan dalam bentuk pembedahan atau bukan banyak bergantung kepada wanita itu sendiri, keseriusan masalahnya serta aspirasi masa depan reproduktif dan seksualnya.

Thursday, May 22, 2008

Hari-hari di Hospital


Salam semua.. hari ini me bangkitkan mood me nak bercerita kisah khayra lagi.. Pada 13 mei 2008 (selasa) .. Pada malam 12 mei 2008 tu me dah rasa tak sedap hati, dengan me yang demam badan khayra me rasakan macam panas semacam.. Tapi macam biasalah anak mama yang baik tu kalau demam pun bukan dia merengek atau menunjukkan reaksi yang dia demam.. Dia tetap bermain seperti biasa.Malam tu sebelum tido me ckp kat hubby.. me rasa tak sedap hati kali ni.. panas badan khayra lain dari biasa..Me tido kul 8 malam tu sama lah ngan khayra.. Kul 5 pg me terjaga, khayra terbangun and nak susu.. me laratkan badan yang tak bermaya tu bangun buatkan susu, tapi bila bagi kat khayra dia tak nak pulak..Huhuhuhu.. panasnya badan dia (bisik hati me)... Me tuamkan kepala dia ngan kain basah supaya panas tak sampai ke kepala and me lenakan kepala di bantal.. Tup.. tup me terjaga and lihat khayra kekejangan..

Astafirallah... sawannnnn... me terus menjerit bangggggg anak..... me angkat terus ke toilet bukak paip air and jiruskan ke khayra.. sikit suara pun tak kuar dari khayra.. me takut sangat masa tu.. Tak dapat me gambarkan . Me terus kata abg pakai baju kita g hospitalll... Khayra masih tak bersuara.. Lepas hubby pakai baju me suruh dia pegang and biarkan khayra bawah paip tu..Me bergegas pakai baju and buka pintu dan panas kan enjin buka pintu pagar and me dengar khayra nangis.. dari luar me jerit dah bang.. balut tuala terus ke klinik berdekatan umah dulu... Takutnya masa tu.. Dalam kete me tak kasih khayra pejam kan mata.... Me takutttt......... Sampai klinik me terus kata doktor ada,anak sy kena sawan.. Masa tu pukul 6.20a.m... Selepas doktor masukkan ubat bontot.. Alhamdullilah badan khayra dah tak panas and me suruh doktor tulis surat untuk ke HSA(hospital sultanan aminah).Hubby balik semula ke rumah ambil beg duit, susu dan baju khayra.. Setiba kat HSA, khayra di masukkan jarum kat tangan tu.. Huhuhu tak sanggup me tengok dia nangis.. Sakitnya hati ini...tapi untuk kebaikan khayra me pujuk dia.. sepanjang pagi tu dia asyik nangis selagi berada dalam bilik tu..me pun ajak lah dia keluar and she so good child.. kuar je dari bilik rawatan dia senyum and nak turun dan boleh berlari kesana sini... sejuk hati me bila tgk dia aktif seperti biasa.Khayra di masukkan ke wad dan me sempatlah ambil gambar guna hp ni..

Tq for all yang mendoakan kesihatan khayra.. terima kasih atas kunjungan my bos, oshie, makcik taksiah and pakcik ramli, kak ida and abg, mak abah, along dan keluarga serta doa yang tak putus dari auntie fr nye dia kl yang pastinya.. terima kasih semua...


baru-baru masuk nilah mukanya nak turun katil

selepas sehari duduk di hospital, selera bertambah

seronok ni sebab dah nak balik
















Wednesday, May 21, 2008

Mengapa Busan

Hari ni me melalui hari-hari yang me rasakan me sangat boring.. tak ada benda nak share ngan kawan2. Fuh.. keje melambak-lambak... Me rasa, me dah busan kerja sebagai pelukis pelan ni. Me nak try cari keje lain yang tak tertekan sangatlah. Mungkin me dah keje selama 6 tahun di company yang sama dan me melalui hari-hari yang kekadang me rasa happy and tak happy.(adatlah kan dlm berkerja ni).Me nak share pic ngan kawan2 pun me tak ada pic yang baru. Oklah me stop kejap. Me nak dgr lagu2 mp3 kat computer me ni yang me dah busan nak dengar...

Saturday, May 10, 2008

Sekejapnya masa berlalu

Sabtu.. 10 mei 2008

Terasa kejapnya masa berlalu meninggalkan kita.. Begitulah yang me rasakan.. Masalah demi masalah yang dihadapi dapat di atasi dengan bantun yang maha esa. Sebagai seorang muslimah atau muslim setiap saat kita kena mengingati allah.. Bebaru ni ada dapat email dari seorang kawan dan me rasa me nak share kan ngan kawan..Banyak yang membantu bila salah seorang kawan me antar email ni pada me..

JANGAN MENGELUH ........... Kita selalu Bertanya..... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... ......

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12 Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya.

Saya sebarkan peringatan ini kepada sahabat2 tersayang untuk ingat mengingati kepada kebenaran

Friday, May 9, 2008

Berjalan2 di Kuala Lumpur

Last first week of may, me sekeluarga menghabiskan masa di kuala lumpur.. Kami tumpang tido di rumah one of my engginer yang baik hati lagi cun.(tq yer kak benarkan kami tido).She so kind and bawak kami jalan2. Penting tu sebab kami ni mana lah tau jalan2 kat kl nie.walaupun masa tu khayra kena demam dan batuk, nasib baik dia tak menangis2 beria2 sangatlah.. Fuh.. penat betul rasanya masa tu.Ngan khayra demam dan papa dia tak pandai pujuk.. and she nak me aja dokong dia..Letih and me dah rasa macam nak patah tulang belakang ni yang dah sedia sakit nie...And yang paling best me nak share ngan semua orang adalah ..... Pada hari ahad 4 mei, my sis ni bawak me sekeluarga g ikea dan ikano dan the curve yang bangunan dia adalah sebelah tapi nama lain2... Masa part yang paling kritikal adalah bila me shoping baju utk khayra and papa dia pegang.. Perghh.. khayra menangis beria.. Terbantut me nak shoping..hehehe....
Dengan perasaan seorang mama yang baik hati me pun batal kan jelah membeli2 baju ni dan pujuk khayra yang telah meluahkan perasaan tak puas hati sebab me tglkan dia ngan papa dia.. Me rasa seronok klu bg khayra naik binatang yang gerak2 ni.. huhuhu mahal jugak rm5 utk 4 minit je.. Tapikan khayra tak leh naik seorang sebab binatang tu lebih besar dari dia, di kuatiri jatuh.. Me pun apa lagi mengambil kesempatan denda papa dia yang tak tau nak pujuk anak dia tu.. Me paksa papa dia naik sekali... lets see the picture.. me dah tahan nak gelak.. rasanya masa tu me ketawa beria2 gelakkan papa dia naik benda tu.. and kebanyakan benda tu kanak2 je naik ni orang dewasa...hahahahahah naik pecah perut ni.. okla let see the pic lah.. show time

Seminar Di Alson Klana, Nilai

Dalam diam tak diam dah 6 tahun aku berkhimat di syarikat consultant m&e (huhuhu lama tu).Sepanjang berkerja nasib baik dapat bos dan orang atasan yang baik.. heheheh bodek sikit utk dapatkan bonus....hahahaha.... Alhamdullilah.. aku rasa aku tak akan mencari kerja di syarikat lain .. so kepada kawan2 tak payahlah offer dulu kerja kat aku selagi aku tak minta..hehehehe aku selesa kerja di syarikat sekarang..Ops macam dah lari cerita aku ni..Sebetulnya nak bagitau.. Pada 3 mei 2008 jatuh pada hari sabtu yang lepas opis aku buat seminar di Alson Klana, nilai.. Jadi kami yang berkerja di opis Johor kenalah naik ke Bangi..Aku pun mengambillah kesempatan ini utk bercuti sekali bersama keluarga yang tertunggak dari bulan 3 atas sebab opis jugak tertunggak tu..Erm yang bestnya opis aku ni bagus.. dia sponsor millage dan tol.. Bagus kan...hehehehe.. so let check it out my pic in there..






Ini lah putriku






Sekarang ni khayra dah berusia setahun 4 bulan.. macam2 aksi yang dia tunjukkan. Inilah aksi-aksinya.Kuda tu pemberian pak ungkal(adik suami) masa khayra sambut birthday yang pertama.Kami sambut birthday khayra masa tu kat kampung suami dan kebetulan jatuh sehari selepas raya haji tahun lepas.Yang naik2 kereta dan main-main bola kecil2 tu masa berada di jusco tebrau city.Sebetulnya mama dan papa dia yang dah kepenatan berjalan, jadi kamipun letaklah dia taman tu dengan pembayaran rm3 selama 20 minit.Ilang sikitlah rasa penat tu.Aku tak ada banyak cerita nak share ngan semua org tapi dari pic2 yang aku upload ni korang leh nampak lah keletah anak aku yang sorang nie..adios

Thursday, May 8, 2008

Selamat Hari Ibu


Sempena menyambut hari IBU this 11 mei 2008, aku ingin berkongsi bersama semua pic my mother and dad.Kerana mereka aku membesar,kerana mereka aku berjaya dan mereka lah semangat yang aku ada dalam mengharungi perjalanan ini dari dahulu sehingga sekarang.Kini aku juga telah bergelar ibu kepada little princess yang di beri nama Khayra Insyirah Bte. Borhannodin.Besarnya pengorbanan mu mak dalam mendidik adik menjadi seseorang sekarang ini dan pastinya adik pun akan menjadikan panduan yang telah di berikan oleh mak untuk adik mendidik anak adik. Terima kasih mak kerana memberikan kasih sayang yang tak pernah putus dari kecik sehingga besar sehingga adik dah berkahwin dan mempunyai anak. Adik ingat lagi masa adik berusia 15 tahun dan mengalami kemalangan.Pada masa itu adik teringin nak makan ayam masak kicap. Tapi mak asyik tangguh-tangguh dan pada hari kemalangan itu mak masakan adik ayam masak kicap itu tapi malangnya adik tak dapat makan kerana bila di bawa ke hospital adik tidak dibenarkan makan kerana operation akan dilakukan segera.Semenjak dari itu mak tak penah bertangguh nak masak apa jua makanan yang diminta oleh adik.. I love u so much mum.

Salam Perkenalan

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog aku ni. Entah kenapa terdetik dihati ini nak memulakan perjalanan baru dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Tahun 2008 sudah berada di pertengahan tapi perubahan yang di impikan di awal-awal tahun tidak berjalan dengan lancar.Banyak yang di impikan......
Bermula tanggal MEI 2008 hati ini mula terdetik, rasanya diri perlu membuat perubahan besar pada diri sendiri supaya tidak menyesal di kemudian hari.. walaupun agak sukar ingin mengubah kelakuan dan peribadi sendiri tapi kita harus yakin.. INSYA-ALLAH..