Monday, February 22, 2010

Kelahiran orang baru




Salam dunia bloger. lama sangat rasanya tak menjenguk blog yang dah bersawang2 ni.Banyak yang dah berlaku di duniaku sekarang ini. Alhamdullilah aku selamat melahirkan aniq irsyad ke dunia pada 8-12-2009.Sama bulan ngan kakak dia. Senang lah aku nanti buat birthday sekali arung je nanti.Save bajet aku. Bila kelahiran aniq ke dunia genap jugaklah aku duduk sorang2 kat rumah ku di johor setahun.Dalam diam dah setahun jugak duduk sorang kat rumah di JB.Aniq dan khayra aku jaga di JB, tak sanggup lak nak biarkan khayra duduk di rumah mak aku bersama papa dia. Insya-allah kasih seorang ibu ni mampu menjadikan aku tabah menjaga anak-anak aku di sini seorang diri.Kalian yang baca blog aku ni doakan utk aku lah ye.aku upload sikit pic aniq

Thursday, February 19, 2009

winduuuuuuuuu


Tetiba mama jadi rindu sangat kat papa. Erm.. dah 3 mg tak jumpa.. macm mana lah agaknya org yg tak jumpa berbulan2 yer.. huhuhuhu

Friday, February 6, 2009

kerabu mangga.. ermmm


hari sabtu yang lepas aku pergi kenduri kawin di Batu Pahat umah Paklang aku.. Tak sempat singgah umah Paksu. Maaf yer pak su. Balik2 umah mak kata Paksu kirimkan pelam tu.. aku pun rembatlah bawak balik jb 3 biji.. besar2 tau pelamnya.. 2 dah masak so makan gitu2 jelahkan.. lagi sebiji kurang masak. Mengkal2 lah kata orang Jawa..aku pun fikir2 nak buat apa ngan mangga ni nak makan gitu je dah kembang tekak dan 2 biji makan gitu je.jadi belek2 lah buku resepi terjumpa kerabu mangga.Apa lagi rajin jelah aku menelek2 resepinya dan inilah hasilnya.. taraaaa... jangan terliur yer...

Wednesday, February 4, 2009

Princess ku






mama suka tgk khayra cam sopan2 je.. masa ni keje kawin kat umah sepupu belah hubby kat selangor.. anak aku pun eloklah nak main kat situ je.. aku pun candid la.


alahai macam tau2 je nak marah mama sebab mama candid camera nie.. tapi korang tengoklah suka tul main barang2 pengantin tu..



Tuesday, February 3, 2009

Renungilah diri anda

Hayatilah.....

aku ada terbaca kat sorang kawan aku nye blog dan aku rasa aku patut panjang2kan apa yang dia kongsikan.. kekadang kita mmg tak sedar apa yang kita lakukan.. so lets share .


Kepada Teman2 Seperjuangan Mari kita kongsi apa yang Datuk Dr. Fadilah Kamsah kata dalam radio (bunyi lebih kurang macam ni la) ...

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '..

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja,

sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.

Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... '


Jadi sahabat ku, renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja .

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Ada kala kita rasa kita PRIHATIN, tapi rupanya kita BUSY BODY .

4. Ada kala kita rasa kita OPEN MINDED and OUT SPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Ada kala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Ada kala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita dilihat lebih MENGADA .

7. Ada kala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT' .

Pejam mata dan renung2 lah diri kita, kalau kita rasa kita OK, tak perlulah berubah... tapi kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah... Segera...tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? Fahami lah yang dibawah ini,

' Sekiranya engkau merasakan engkau dekat dengan ALLAH, nescaya engkau sebenarnya jauh... .' Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan.. kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa .. tak dapat BONUS lebih pun tak apa... sebab pahala dapat.. kita draw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya... Tidak menjadi pelik sekiranya kita merasa 'BIASA' saja selepas membaca ni, kerana... . kita sendiri tak tau apa makna ANJAKAN PARADIGMA tuh..

Friday, January 30, 2009

Telok Godek, Mersing

Awal tahun kali ni kami sekeluarga bercuti di Air Papan, mersing. Menginap di Telok Godek Chalet (huhu tak best).Selalu kami pergi balik hari je sbb malas nak tido2 chalet ni tapi kali ni aku yang kena merancang jadinya masing2 kata tahun ni tido chalet leh barbeku lah.. ehehehe.


keceriaan kanak2

kita orang bertolak dari umah dalam kul 11.30 cam tu. mengambil perjalanan selama 1 1/2 jam je.Sampai2 tengok laut bergelora.. huhuhu seram ko nak mandi. pegilah amik kunci chalet dulu.. aku suggestkan korang jangan lah tido di telok godek ni.

di awal2 booking je aku dah agak dah pengurusan dia tak betul nie.. korang tau tak kita orang sampai kul 1.Masa aku call dia kata leh check in dlm kul 2.Pegi jumpa tuan empunya chalet ni mintak kunci.dia kata bilik lom siap kemas.Leh check in dalam kul 3. Aku booking bilik yang berharga rm160.Aku amik 2 bilik. Bila sampai sana aku dia mntk balance rm250.huhu terkejut aku. aku tanya sebilik bapa. dia kata rm200.aduhai akupun angin lah.. eh tak lah saya amik bilik yang rm160.Rupanya dia salah tulis.dia bg kat aku bilik yang rm200.bawah dialog hek antara aku dan dia, serta situasi pada kejadian itu.
aku : bilik no berapa bang ?
dia : 6 dan 7 (rm160 nye bilik)

aku pun patah balik ke chalet yang amik masa 10 minit klu jalan kaki.sampai depan chalet tu aku nampak ada kereta tengah masukkan barang2 ke dlm bilik 6 & 7. abg aku pun angin lah. siap tanya orang tu. ni nak kuar ke nak masuk.org tu ckp kami baru nak masuk.. lagilah angin kan.. aku dan abg aku lak berjalan ke kedai empunya chalet

abg aku : bang. saya tya orng tu baru nak masuk. abg bagi kami bilik mana ni. ke ada bilik lain
6 & 7.
dia : ohhh ada org masuk hek. ooo saya salah tandalah.. (sambil dia membelek2 buku)
saya bagi abg bilik 7 & 8 lah.
akupun patah lah balik ke chalet tu. sampai sana je bilik 8 tu ada orang tgh backing2 barang.akak ipar aku lak g tanya orang tu.Bila nak kuar yer.kami nak masuk ni. orang tu ckp eh saya baru sampai. kelima2 bilik kami dah amik dah. perghhh akak ipar aku pun angin lah. dia ajak aku jumpa tuannye chalet balik.akupun dah angin dah kan. 3x ulang alik..

aku : macam mana ni bang. org tu kata dah amik semua bilik yang ada tu.
akak ipar aku : saya siap tanya dia orang bila nak kuar.kami nak masuk. kalau tak ada bilik
bagi balik duit.kami balik.
dia : maaf2 saya salah.klu cam tu akak amiklah bilik yang asal ni yang rm200.
aku : saya tak nak tambah duit. dah penat ni 3x ulang alik. leh tak abg g sana settelkan
dia : tak pe tak pe2. tak yah bayar,masuk je bilik tu.

kami pun beredarlah.huhuhu penat betul aku ulang alik je.Nasib baik dpt bilik yang mahal dan kena bayar harga yang murah.. tu pun bilik no 14 tandas dia tersumbat.huhuhu pucuk pangkal nye klu korang nak tido sana tak yah dok chalet ni.

Air papan yang aku suka pegi dulu lain, banyak pokok kelapa.. beralaskan rumput.. sekarang dia konon2 nak menaiktarafkan pantai tu, banyak lak bangunan dia buat dan aku rasakan tak lawa sebab tak semula jadi.Tapi kalau ada korang2 nak pegi jugak pegilah manalah tahu aku rasa tak lawa.. korang rasa lawa.

(baju biru laki aku , yang pegang pancing bapak aku)
(baju kuning tu abg aku, yang duduk tu abg ipar aku)

aktiviti malam lak kami barbeku, dan berkaroake.kalau korang tanya aku, aku mmg suka acara barbeku2 ni.. kenalak lakibini sekepala.. korang tau laki aku siap bawak set karoake box kat umah mak dia.ha ko nampak tak set tu. Sebelah tu abg ipar aku dan laki aku. tu pukul 11.00 mlm tu..Nasib baiklah laki aku bawak karaoke box tu. tak lah boring sangat malam2.masing2 menyumbang suaralah. tak ingat berapa lagu tapi kita orang main setiap cd sampai abis semua lagu.Suara2 sumbang pun menyumbangkan jugak suara tau. mak bapak aku pun join nyanyi jugak.kita orang siap buat pengumuman sesiapa nak nyanyi mehlah join sekali. hehehehe free je tak yah bayar.
makanan barbeku kita orang yang biasa2 je. pagi sebelum bertolak kita orang dah masak dari umah, ayam masak kicap, sambal tumis, sayur campur, tauhu goreng.malam barbeku. kita orang angkut tong gas semua dari umah. balance lauk pagi tu punkita orang panaskan lah.paginye aku buat nasi goreng, telur hancur, telur rebus dan sandwich.
mesti korang tertanya kenapa tak ada gambar khayra dalam air kan.. dia ada ditepi2 je..sebab dia takut air. tension aku setiap kali bawak ke air dia nanes2 macam kena pukul.. last2 ngan akulah tak mandi laut. geram betulll

ni masa dlm proses kemas2 nak balik lah.. apa lagi posing sikit2 jer

ni abg aku dan wife dia. anak dia tu kurang 4 bulan dari anak aku.. tua anak aku 4 bulan lah sng cite. tapi cool je anak dia mandi tau.. suka.. jangan anak aku.. buat sakit hati je








Wednesday, January 21, 2009

Jangan Nangis yer SAYANG..

Mama tak tau kenapa sekrang ni pagi2 kyra akan nangis kalau mama antar umah penjaga dia.Maafkan mama yer sayang mama terpaksa berkerja untuk menampung perbelanjaan rumah kita..Terpaksa tinggalkan kyra, melihat kyra menangis hati mama jadi sayu.Dulu masa antar kyra umah ibu sikitpun kyra tak nangis, tersentuh betul pagi2 mama bila lihat kyra nangis beria sangat.